Friday 28 October 2011

Tazkirah Jumaat - Berbakti Kepada Ibubapa

Sekali lagi tiba hari Jumaat, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kali ini, atuk ingin mengajak korang semua merenung kembali pengorbanan kedua ibubapa kita..

Kalo difikirkan semula zaman kecik-kecik dulu, ayah dan ibu x pernah jijik membasuh najis kita, sabar melayan kerenah kita yang lasak dan nakal. Diorang busy mencari nafkah untuk keluarga, namun diorang x pernah cuai memberikan masa diorang pada anak-anak. Buktinya, hari ni kita semua dah besar dan berjaya. Kita membesar kerana diorang menjaga makan dan minum kepada kita dengan izin ALLAH.



Cuba lihat anggaran kiraan di atas, banyakkan yang ibu dan ayah kita dah belanja pada kita? tapi bile dah besar nie, masing-masing susah nak bagi duet kt ibubapa masing-masing..Dekat bawah nie sebagai rujukan perkara yang sepatutnya dibuat kepada ibubapa kita..SELAMAT BERAMAL !!


Daripada Abu Hurairah, seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah yang paling berhak di atas kebaikan daripadaku?" Baginda menjawab: "Ibumu". "Siapakah selepas itu?" Jawap baginda: "Ibumu". "Selepas itu?" "Ibumu". "Selepas itu?" "Ayahmu". (Riwayat al-Bukhari)




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...