Saturday 31 December 2011

Picture of The Week #Survivor


Dekat celah-celah tayar excavator nie pon rumput nie masih mampu hidup, sedangkan excavator nie dalam operation ;)

Friday 23 December 2011

Tazkirah Jumaat - 3 Kali Lebih Baik


    Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : ”Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam”. (Al-Bukhari)


Huraian:

    Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!

Thursday 22 December 2011

Entry Special #Contest Like di Facebook

"Assalamualaikum..hye readers, hye followers !"

PROMOSI PERFUME PERCUMA # 1 PEMENANG/MINGGU SELAMA 20 MINGGU BERTURUT-TURUT !!



Berita baik kepada anda !! AMKA Shop kini sedang mengadakan promosi pemberian perfume Smart Collection secara percuma. Sebagai menghargai jasa pelanggan-pelanggan yang telah menyokong AMKA Shop, bermula pada minggu hadapan AMKA Shop akan memilih seorang pemenang pada setiap minggu selama 20 minggu berturut-turut. Proses pemilihan pemenang dilakukan dengan cara cabutan undi mengikut susunan like setiap orang. 

Bagaimana cara untuk menyertainya?? Mudah saja !!

Anda hanya perlu LIKE page facebook AMKA Shop di [http://www.facebook.com/amkashop.malaysia] atau klik pada link AMKA Shop di sebelah kanan blog ini. 

Itu sahaja, mudah kan?! Jadi mengapa tunggu lagi, silalah like facebook AMKA Shop dan anda mungkin akan menjadi salah seorang daripada pemenang tersebut !!

Saturday 17 December 2011

Picture of The Week #Barbie Doll

Okeyh stat hari nie, ari sabtu je xde nak ckp banyak..update entry picture je :)
 so, picture of this week adalah :-


Ape motif lori nie gantung barbie doll kt blakang lori die? 
Anyone knows??

Friday 16 December 2011

Kelebihan Ayat Kursi




Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Saturday 10 December 2011

Fungsi Lampu di Atas Bumbung Teksi


Dulu-dulu time atuk masih tenager, atuk ingat lagi malam-malam nak keluar ngan member slalu tahan teksi tapi teksi tue x berhenti pon..member ckp:-

"Memang la die x benti, dalam die ade penumpang la"
"Eh mana ko tau, ko nampak ke dalam??"
Bongok, kan lampu kt atas bumbung die tu x nyala !!"


Ouh, lepas tu baru atuk tau haha..kalo lampu kt atas bumbung teksi tue menyala maksudnye teksi tue available, and kalo x nyala x available la (ade penumpang)..huhu !!

btw kalo sume teksi kt msia cmnie, best x??


Friday 9 December 2011

I'm too Busy Today

Segmen Agama untuk hari nie x sempat nak post
I'm SO SORRY, I'm too busy today.
Nantilah yea, we postponed to next Friday.
Okeyh ini je sempat tulis

KBai ! peace-V-

Thursday 8 December 2011

Carta 10 Kondo Paling Mahal di Kuala Lumpur

Sumber ini dipetik daripada (link), berikut 10 kondo paling mahal di Kuala Lumpur :-


1.  One KL, 2.  The Troika, 3.  K Residence, 
4.  The Meritz, 5.  Marc Residence, 6.  The Avare, 
7.  Park Seven, 8.  Pavilion Residence, 
9.  Idaman Residence, 10.  Ampersand @ Kia Peng


1.  One KL
Dengan konsep "94 apartment 95 kolam renang", ia adalah sebuah bangunan berbentuk segitiga dengan senibina arkitek yang ringkas dan moden. Terletak berhampiran KLCC, dekat-dekat area jalan P Ramlee.

Harga bermula dari : RM7.25 juta (update 2009)

2.  The Troika

Bangunan ini mempunyai 3 menara dan akan menjadi kediaman tertinggi di Malaysia dengan tingkat tertinggi adalah tingkat 55 di salah sebuah menara tersebut. Lokasinya menghadap ke arah KLCC Park, ia menjanjikan pemandangan yang amat cantik.

Harga bermula dari : RM3.68 juta (update 2009)

3. K Residence

Lokasinya bersebelahan KLCC, bangunan ini mempunyai 2 menara dengan ketinggian hampir sama dengan The Troika. Pengurusan bangunan ini amat menitik beratkan kemudahan uititi seperti tekanan air dan lain-lain. Di bahagian aras bawah terdapat kedai-kedai dan parking bawah tanah kepada pemilik rumah.

Harga bermula dari : RM2.32 juta (update 2009)

4. The Meritz

Seperti K Residence, bangunan ini juga terletak di Jalan Ampang berhampiran KLCC dan kemudahan pengangkutan transit aliran ringan. Pemandangannya agak terlindung dari KLCC oleh beberapa bangunan pejabat lain di sekitarnya dan dikatakan rupa pembinaannya tidak secantik pandangan yang digambarkan oleh artis.

Harga bermula dari : N/A

5. Marc Residence

Mempunyai dua menara yang boleh dihubungkan, binaan bangunan ini sangat elegan dan mempunyai taman berbumbung dan juga penanaman pokok di keseluruhan menara 1.

Harga bermula dari : RM720, 000 (update 2009)

6. The Avare

Direka oleh Arkitek David John Clarke, bangunan ini dengan rekabentuk yang sangat bergaya diinspirasikan daripada bentuk rama-rama. Dengan pemandangannya menghala ke arah KLCC Park dan Kelab Golf Diraja Selangor, kediaman ini merupakan kediaman yang amat sempurna untuk dimiliki.

Harga bermula dari : RM4.56 juta (update 2009)

7.  Park Seven

Park Seven dibina dengan ketinggian rendah dengan hanya 20 tingkat tetapi mempunyai 7 menara. Dengan keluasan tanah yang agak kecil, setiap menara disusun agak rapat. Hanya terdapat satu unit bagi setiap tingkat, ianya amat sesuai untuk golongan muda.

Harga bermula dari : RM2.5 juta (update 2009)

8. Pavilion Residence

Pavilion Residence adalah satu lagi pembinaan tinggi selepas Marc Residence dengan kemudahan kedai-kedai runcit di bahagian bawahnya dan pejabat-pejabat serta hotel disampingnya.

Harga bermula dari : RM1.24 juta (update 2009)

p/s : ini rumah Atuk ;)

9.  Idaman Residence

Idaman Residence berkonsep kediaman mesra alam dengan konsep pengudaraan semula jadi di kebanyakan sudut rumahnya (walau bagaimanapun masih terdapat pengudaraan penghawa dingin). Ia juga mengandungi 4 taman berbumbung di bahagian atas paras parking kereta.

Harga bermula dari : RM760, 000 (update 2009)

10.  Ampersand @ Kia Peng

Rekaan Ampersand @ Kia Peng tidak ke arah bangunan tinggi, hanya sekitar 7 - 12 tingkat dan setiap unit kediaaman berhampiran dengan jalanraya. Lokasi kediaman adalah di Jalan Kia Peng di antara KLCC Park dan Kelab Diraja Selangor, ia menjadi antara kediaman di dalam bandar yang sungguh moden.

Harga bermula dari : RM2.35 juta (update 2009)

Monday 5 December 2011

Cara Bijak Membeli Roti #2

(Gambar Hiasan)

Kalo dulu atuk pernah post entry Cara Bijak Membeli Roti, entry ari nie adalah sambungan daripada entry tersebut. Pada sesiapa yang x baca entry no. 1 sebelum nie, sila klik cnie. Ari nie atuk nak tambah cket dari tips yang lepas, cara bijak nak dapatkan roti yang paling lama tempoh expired die :-

Elakkan membeli roti pada hari AHAD. Sebab?? hari Ahad lori kilang roti sume x jalan (cuti), so xde proses return pada hari tersebut. Roti baru akan dihantar pada hari Isnin or Selasa. Kalo last return pada hari Jumaat, maksudnye next return pada hari Isnin dan kalo last return pada hari Sabtu, next return pada hari Selasa. (Return biasanya setiap 2 hari).

Sekian, terima kasih. -V-

Friday 2 December 2011

Suara Imam Muda Di Mekah Yang Sangat Merdu



Setiap kali dengar suara imam nie, terasa indahnya ISLAM :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...