Thursday, 8 December 2011

Carta 10 Kondo Paling Mahal di Kuala Lumpur

Sumber ini dipetik daripada (link), berikut 10 kondo paling mahal di Kuala Lumpur :-


1.  One KL, 2.  The Troika, 3.  K Residence, 
4.  The Meritz, 5.  Marc Residence, 6.  The Avare, 
7.  Park Seven, 8.  Pavilion Residence, 
9.  Idaman Residence, 10.  Ampersand @ Kia Peng


1.  One KL
Dengan konsep "94 apartment 95 kolam renang", ia adalah sebuah bangunan berbentuk segitiga dengan senibina arkitek yang ringkas dan moden. Terletak berhampiran KLCC, dekat-dekat area jalan P Ramlee.

Harga bermula dari : RM7.25 juta (update 2009)

2.  The Troika

Bangunan ini mempunyai 3 menara dan akan menjadi kediaman tertinggi di Malaysia dengan tingkat tertinggi adalah tingkat 55 di salah sebuah menara tersebut. Lokasinya menghadap ke arah KLCC Park, ia menjanjikan pemandangan yang amat cantik.

Harga bermula dari : RM3.68 juta (update 2009)

3. K Residence

Lokasinya bersebelahan KLCC, bangunan ini mempunyai 2 menara dengan ketinggian hampir sama dengan The Troika. Pengurusan bangunan ini amat menitik beratkan kemudahan uititi seperti tekanan air dan lain-lain. Di bahagian aras bawah terdapat kedai-kedai dan parking bawah tanah kepada pemilik rumah.

Harga bermula dari : RM2.32 juta (update 2009)

4. The Meritz

Seperti K Residence, bangunan ini juga terletak di Jalan Ampang berhampiran KLCC dan kemudahan pengangkutan transit aliran ringan. Pemandangannya agak terlindung dari KLCC oleh beberapa bangunan pejabat lain di sekitarnya dan dikatakan rupa pembinaannya tidak secantik pandangan yang digambarkan oleh artis.

Harga bermula dari : N/A

5. Marc Residence

Mempunyai dua menara yang boleh dihubungkan, binaan bangunan ini sangat elegan dan mempunyai taman berbumbung dan juga penanaman pokok di keseluruhan menara 1.

Harga bermula dari : RM720, 000 (update 2009)

6. The Avare

Direka oleh Arkitek David John Clarke, bangunan ini dengan rekabentuk yang sangat bergaya diinspirasikan daripada bentuk rama-rama. Dengan pemandangannya menghala ke arah KLCC Park dan Kelab Golf Diraja Selangor, kediaman ini merupakan kediaman yang amat sempurna untuk dimiliki.

Harga bermula dari : RM4.56 juta (update 2009)

7.  Park Seven

Park Seven dibina dengan ketinggian rendah dengan hanya 20 tingkat tetapi mempunyai 7 menara. Dengan keluasan tanah yang agak kecil, setiap menara disusun agak rapat. Hanya terdapat satu unit bagi setiap tingkat, ianya amat sesuai untuk golongan muda.

Harga bermula dari : RM2.5 juta (update 2009)

8. Pavilion Residence

Pavilion Residence adalah satu lagi pembinaan tinggi selepas Marc Residence dengan kemudahan kedai-kedai runcit di bahagian bawahnya dan pejabat-pejabat serta hotel disampingnya.

Harga bermula dari : RM1.24 juta (update 2009)

p/s : ini rumah Atuk ;)

9.  Idaman Residence

Idaman Residence berkonsep kediaman mesra alam dengan konsep pengudaraan semula jadi di kebanyakan sudut rumahnya (walau bagaimanapun masih terdapat pengudaraan penghawa dingin). Ia juga mengandungi 4 taman berbumbung di bahagian atas paras parking kereta.

Harga bermula dari : RM760, 000 (update 2009)

10.  Ampersand @ Kia Peng

Rekaan Ampersand @ Kia Peng tidak ke arah bangunan tinggi, hanya sekitar 7 - 12 tingkat dan setiap unit kediaaman berhampiran dengan jalanraya. Lokasi kediaman adalah di Jalan Kia Peng di antara KLCC Park dan Kelab Diraja Selangor, ia menjadi antara kediaman di dalam bandar yang sungguh moden.

Harga bermula dari : RM2.35 juta (update 2009)

8 comments:

  1. atuk!! haha ade x senarai nama JEJAKA yang duduk kat ONE KL.. nak gi tekel ni..!!

    ReplyDelete
  2. terbaekk lah rumah kat atas nie??
    atuk agen jual rumah nie kew??
    nak beli satu lot one kl!

    ReplyDelete
  3. haha..

    rabiatulaynie: nanti la atuk try dapatkan kalo ade.

    poohrist: bole, harga start dari rm8juta..mampu?

    ReplyDelete
  4. bangunan nie buleh jadi pilihan untuk terjun time stress...-_-"

    ReplyDelete
  5. Saya ada buat kelas renang.(swimming lesson)..siapa berminat boleh contact saya.0196766601

    ReplyDelete
  6. Saya ada buat kelas renang.(swimming lesson)..siapa berminat boleh contact saya.0196766601

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...