Wednesday 30 November 2011

Cara Betul Menyelamatkan Mangsa Lemas

Biasa kita dengarkan di berita orang tolong mangsa lemas, kesudahanya die skali lemas jgk sedangkan die pandai berenang, tetapi kenapa die sendiri yang lemas??

Sebagai org yang ingin membantu mangsa lemas, kite perlulah tahu teknik berenang yang betul untuk menyelamatkan mangsa. Dalam keadaan lemas, situasinya sangat rumit dan kelam kabut. Mangsa lemas dalam keadaan terkapai-kapai akan menangkap apa sahaja yang ada berhampiran dengannya. So, atuk nak ajar cara yang betul menyelamatkan mangsa lemas :-

Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan mangsa, kehadiran anda tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan kedudukan anda berada di bahagian belakang. Kemudian, selam ke dalam air dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan. Ini untuk mengelakkan mangsa berhenti terkapai-kapai, kalo x tue yang jadi kelam kabut sampai mangsa tarik2 penyelamat at the end skali penyelamat tue pon lemas.

Gambar contoh

Sekian, terima kasih -V-

Tuesday 29 November 2011

Cara Peram Buah-Buahan Tempatan

Hari nie atuk nak berkongsi dengan korang cara-cara peram buah-buahan tempatan. Petua nie atuk blaja dari ayah atuk (kire moyang korang la eh?):-

1. Buah Nangka.


Bermula dari cara petik buah nangka di pokok, setiap buah nangka mesti ada helaian daun di atas buah tu. Kalo tgk daunnye dah layu maksudnye buah nangka tue dah bole dipetik. Kalo daunnye dah hilang, cuba torehkan sedikit sahaja pada buahnya, kalo getahnya cair meleleh maksudnya buah tue dah bole dipetik !
Cara peram buah nangka plak, rendamkan je nangka tue dalam air semalaman dan tgklah hasilnya esok.

2. Buah Pisang


Pisang memerlukan haba untuk masak. Orang dulu2 gunakan daun lalang untuk peram buah pisang dengan cara menyusun pisang di atas daun lalang dan kemudiannya ditutup dengan guni. Skang mungkin susah nak cari daun lalang, so cara skang gunakan paper lama bungkus pisang tersebut semalaman. Nak lebih bagus, jemur dulu paper tue sekejap dalam 2 3 jam untuk dapatkan haba kemudian baru bungkus pisangnye.

3. Ciku


Mudah je, simpan dalam beras dan tengoklah hasilnye esok ! Jangan letakkan ciku di atas lantai simen, nanti bahagian ciku tersebut keras berkematu.

4. Betik


Potong sedikit betik tersebut dekat bahagian tangkai dan tunggula esok yea :)

5. Cempedak


Cara peram buah cempedak hampir sama dengan buah pisang, tapi menggunakan daun tepus. Kalo xde daun tepus, balut ngan kain pon boleh. X kenal daun tepus cmne rupenye?? tgk gambar kt bawah nie :-

Daun Tepus


Sekian, terima kasih -V- jgn lupe klik iklan kt bawah nie ;-)



Friday 18 November 2011

Tazkirah Jumaat - Hati; Raja Dalam Diri Manusia

"Salam followers.."

Berbicara tentang HATI, selalu kte dengar perkataan soal hati, sakit hati, jatuh hati, patah hati dll kan?? Kenapa semuanya tentang hati?? Kerana hati adalah raja dalam diri setiap manusia..

Hati mampu mengubah hidup seseorang dan penentu kepada perjalanan hidup seseorang.

Dan kerana itulah hati dikatakan raja dalam diri seseorang. Jika di dalam sesebuah negara, raja adalah ketua kepada rakyatnya. Jika rajanya memerintah negara dengan bijak dan saksama, maka amanlah kehidupan rakyatnya dan begitulah sebaliknya. Begitu juga hati, manusia boleh berubah dalam sekelip mata kerana perasaan dari hati mengawal seluruh pemikiran dan diri seseorang seperti putus cinta, hasad dengki dan macam-macam lagi sehingga ada yang sanggup ingin membunuh diri, memporak perandakan orang lain dll. Tiada gunanya mempunyai akal fikiran yang bijak, atau tubuh badan yang kuat, atau rupa yang menawan jika hatinya lemah. Oleh itu, jagalah hati sebaik mungkin supaya ia teguh, teguh dan terus teguh beriman kepada ALLAH.

** Setiap pagi apabila hendak keluar rumah ke tempat kerja/sekolah/ ke mana sahaja, letak tapak tangan anda di dada (pada bahagian hati) sambil baca Al-Fatihah dan berkatalah "Ya ALLAH, Aku bersyukur kerana aku masih beriman kepada-Mu dan teguhkanlah hatiku supaya aku terus beriman kepada-Mu.." 
# tak sampai 5 min kan kalo nak buat nie setiap pagi?? :)

Friday 11 November 2011

Tazkirah Jumaat - Taubat Seorang Pembunuh

Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan al-Khudzri bahawa Rasulullah SAW bersabda; Hiduplah seorang lelaki di suatu masa sebelum kamu, dia telah membunuh 99 jiwa, lalu dia bertanya kepada orang yang paling alim dari penduduk suatu negeri  dan disarankan agar dia menanyakan tentang perkara tersebut pada seorang rahib. Dia pun mendatangi dan menanyakannya. Si Rahib menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima. Dia pun marah dan dibunuhlah si Rahib itu, sehingga genaplah seratus orang yang telah di bunuh.

Namun niatnya bertaubat tetap teguh. Maka kembalilah dia kepada orang yang paling alim untuk meminta petunjuk kepada siapakah dia harus menanyakan masalah taubatnya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki pintar, dia pun datang kepadanya dan menceritakan segala perbuatannya, yakni membunuh nyawa seratus orang, tetapi ia ingin bertaubat, mungkinkah taubatnya diterima oleh Allah.

Orang itu menjawab; ”Ya diterima. Siapakah yang menghalangi taubat seorang hamba? Sekarang saya anjurkan agar engkau menyingkir dari negerimu yang buruk itu dan berhijrah ke sebuah negeri yang berpenduduk orang-orang soleh dan ahli ibadat kepada Allah SWT, agar engkau dapat beribadat bersama mereka.” Dia pun segera meninggalkan negerinya. Dalam separuh perjalanan menuju negeri itu, datang ajal menjemputnya. Maka bersilang pendapatlah dua malaikat, malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata : “Dia datang dengan niat bertaubat sepenuh hatinya”. 

Malaikat Azab pun membantah: ”Tetapi dia belum melakukan kebajikan sama sekali”. Maka datanglah malaikat dalam bentuk manusia yang bertindak sebagai hakim dalam memutuskan perkara kedua-dua malaikat tersebut. Si hakim menganjurkan agar setiap malaikat mengukur, dengan bumi (tempat) manakah mayat tersebut lebih dekat, maka bumi (tempat) yang lebih dekat dengannya adalah miliknya. Setelah di ukur, ternyata simayat lebih dekat dengan tempat tujuannya, iaitu yang dihuni oleh orang-orang soleh, bererti dia termasuk dalam golongan mereka. Maka Malaikat rahmatlah yang berhak membawanya. (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).


Dalam riwayat lain diterangkan, selisih jarak antara kedua negeri itu hanya satu jengkal, sungguhpun demikian ia masuk bumi (tempat) yang baik, kerana ia lebih dekat dengannya.
Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebutkan;

"Maka Allah SWT mewahyukan kepada bumi yang buruk agar menjauh dan pada bumi yang baik agar mendekat. Lalu diperintahkan agar mengukur jaraknya, sehingga didapati dia lebih dekat pada bumi yang baik selisih satu jengkal dan ampunilah dia".

Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rumusan daripada cerita di atas, pemuda tersebut masih belum sempat bertaubat tetapi telah meninggal dunia dalam separuh perjalanannya untuk bertaubat. Walau bagaimanapun, Allah tetap memberi keampunan kepadanya kerana dia sempat berniat sebelum ajal menjemputnya. Lihat, betapa kasihnya Allah kepada umat-umat-Nya..Renungkanlah
-Atukmudabergaya-
----------------------------------------------------------------------------------------
"Tuhanku, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga tidak berdaya menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu, kurniakanlah taubat dan ampunkanlah dosaku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.."

Thursday 10 November 2011

Nuffnang Ordinary

Salam bloggers,

Atuk ade masalah tentang nuffnang dan Atuk perlukan bantuan anda. Please, I really need help !!



Sebelum nie Atuk ade letak add dari company lain n nuffnang dah detect. Therefore, status Atuk dah ditukar daripada "Glitterati" kepada "Ordinary". Akibatnye, income nuffnang Atuk x bergerak sampai ke sudah. Atuk dah keluarkan sume add dr company lain, tp status Atuk masih "Ordinary".

So, cmne nak jadi "Glitterati" balik, anyone knows ??

**Kepada sesiapa yg tau n sudi membantu, tolongla komen kt entry nie yeah. TQ

Friday 4 November 2011

Tazkirah Jumaat - Bersabarlah Dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

Huraian :-

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa. 

Thursday 3 November 2011

Atuk kene hashtag # Grrrr

Okeyh tibe-tibe Atuk bukak blog and tgk shoutmix, Atuk terbaca nie :-


Haaa?? Kene TAG? ape tuhh?? Ouh, selepas disiasat dan diselidik, segmen tag nie adalah segmen di mana blogger tag blogger-blogger yang lain di dalam blog diorang dan setiap blogger yang di-tag perlu mengikut peraturan yang dah disediakan dan menjawab soalan-soalan yang ditanya..adehh, macam-macam !! Dan kali nie, ATUKMUDABERGAYA DAH KENE TAG OLEH THE MIMOS !!

Nah, inilah peraturan-peraturan dia :-

  • X boleh tag semula orang yang sama.
  • Copy and paste semua peraturan ini.
  • Pilih 11 orang untuk di-tag dan letakkan link diorang dalam entry ini.
  • Pergi pada blog/page mereka dan bgtau yang mereka dah di-tag.
  • Ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri (apa sahaja) dalam entry ini.
  • Jawap 11 soalan yang diajukan oleh tagger, kemudian buat 11 soalan juga untuk diajukan kepada blogger yang akan di-tag selepasnya.


Clear?? !! "Yerp, I'm clear.."

So.....nah, 11 perkara tentang diri Atukmudabergaya :-
  1. Masih muda actually, nama atukmudabergaya datang dari nickname ID chatting atuk kt dalam room ym (dulu slalu ade kt KL5, skang da kurengg).
  2. X suke rumah bersepah, dan agak cerewet tentang kebersihan.
  3. Agak cerewet tentang makan (jujur okeyh !!).
  4. Kerjaya - #Skang keje ngan Engineer Consultant Company, #other time wat free lance consultant (give consultation pada client sbg cth; owner nak wat rumah banglo tp xtau psl construction so atuk akan bg advice to owner tentang proper construction method and tolong tgkkan keje kontraktor takut menipu), #Public Mutual Agent, #jual perfume Smart Collection (Klik link ini AMKA Shop) dan terbaru #tengah blaja-blaja jadi Agent tanah (Tgk mana-mana tanah nak jual and dapatkan buyer).
  5. Jarang melepak ngan kawan reramai kt kedai makan, lebih suka restoran yang privacy & sunyi..kalo melepak pon ngan kawan sorang dua je.
  6. Kebanyakan masa selain daripada time keje atuk abeskan dgn aktiviti sendiri - memasak, baca magazine, swimming, jogging, klua g shopping mall beli barang or jumpe client.
  7. X suke merayap dekat Shopping mall tanpa tujuan, x bape suke pergi event2 yang ramai orang mcm jum heboh (cuma sesekali pergi jgkla bergantung kepada ngan sape atuk pergi).
  8. Basically, atuk sukekan ketenangan.
  9. Agak sombong pada orang-orang yang atuk x kenal, tp very friendly bile dah kenal.
  10. Sukekan kehidupan maskulin, kemas dan teratur.
  11. Currently hidup atuk x bape happy sepenuhnya (# cannot explain more, refer la entry lepas-lepas) :"(
-Atukmudabergaya-


Okeyh, dah cukup 11 kan?? Dan sekarang, Atuk akan jawap 11 soalan daripada THE MIMOS :-

1.  Beza blog Atuk dengan blog orang lain?
     - Atuk try buat blog yang paling simple dari segi template 
       sampailah ke entry.

2.  Perkataan yang paling Atuk suka tulis dalam blog?
     - Perkataan "okeyh" kot.

3.  Punca atuk jadi blogger?
     - Mengikut kemajuan teknologi.

4.  Pakaian yang paling Atuk suka pakai?
     - Simple dan kemas.

5.  Lelaki/Perempuan yang suka Atuk tgk?
     - Someone yang Atuk sayang lah.

6.  Ciri-ciri istimewa yang ada pada Atuk?
     - Penyanyang & romantik (orang ckp lah haha).

7.  10 orang kawan yang paling best?
     - Errr..banyaknye, kalo bgtau pon bukannye korang kenal.

8.  Dimana Atuk jumpa si dia?
     - Tanye balik, jumpe siapa??

9.  Lagu yang ada kena mengena antara Atuk dengan si dia?
     - Again, siapa???

10. Si dia comel?
     - Siapa si dia tu masalahnye??

11. Perasaan Atuk bile kene tag?
     - Slightly surprise sbb x pernah tau pasal tag-mengetag nie 
       tp it's good skang dah tau.


Siap sudah menjawap 11 soalan daripada THE MIMOS, dan sekarang masa untuk TAG 11 BLOGS LAIN PLAK !!


Dan soalan untuk anda :-
  1. Tentang blog anda?
  2. Bagaimana anda menulis tentang entry? (reka-reka, suka-suka, dapatkan fakta tepat dari buku etc)
  3. Jenis blog yang disukai dan tidak disukai?
  4. Cara anda mendapatkan followers yang ramai?
  5. Pendapat anda tentang remaja zaman sekarang?
  6. Jenis lelaki/perempuan idaman zaman sekarang?
  7. Cara anda mengorat seseorang?
  8. Putus cinta, bagaimana anda mengatasinya??
  9. Perbezaan cinta orang muda (remaja) dan orang tua (dewasa)?
  10. Komen anda tentang Atukmudabergaya??
  11. Komen anda tentang Blog Atukmudabergaya?? hehe..

Okeyh, SELAMAT MENJAWAP !! :d
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...