Friday 11 November 2011

Tazkirah Jumaat - Taubat Seorang Pembunuh

Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan al-Khudzri bahawa Rasulullah SAW bersabda; Hiduplah seorang lelaki di suatu masa sebelum kamu, dia telah membunuh 99 jiwa, lalu dia bertanya kepada orang yang paling alim dari penduduk suatu negeri  dan disarankan agar dia menanyakan tentang perkara tersebut pada seorang rahib. Dia pun mendatangi dan menanyakannya. Si Rahib menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima. Dia pun marah dan dibunuhlah si Rahib itu, sehingga genaplah seratus orang yang telah di bunuh.

Namun niatnya bertaubat tetap teguh. Maka kembalilah dia kepada orang yang paling alim untuk meminta petunjuk kepada siapakah dia harus menanyakan masalah taubatnya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki pintar, dia pun datang kepadanya dan menceritakan segala perbuatannya, yakni membunuh nyawa seratus orang, tetapi ia ingin bertaubat, mungkinkah taubatnya diterima oleh Allah.

Orang itu menjawab; ”Ya diterima. Siapakah yang menghalangi taubat seorang hamba? Sekarang saya anjurkan agar engkau menyingkir dari negerimu yang buruk itu dan berhijrah ke sebuah negeri yang berpenduduk orang-orang soleh dan ahli ibadat kepada Allah SWT, agar engkau dapat beribadat bersama mereka.” Dia pun segera meninggalkan negerinya. Dalam separuh perjalanan menuju negeri itu, datang ajal menjemputnya. Maka bersilang pendapatlah dua malaikat, malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata : “Dia datang dengan niat bertaubat sepenuh hatinya”. 

Malaikat Azab pun membantah: ”Tetapi dia belum melakukan kebajikan sama sekali”. Maka datanglah malaikat dalam bentuk manusia yang bertindak sebagai hakim dalam memutuskan perkara kedua-dua malaikat tersebut. Si hakim menganjurkan agar setiap malaikat mengukur, dengan bumi (tempat) manakah mayat tersebut lebih dekat, maka bumi (tempat) yang lebih dekat dengannya adalah miliknya. Setelah di ukur, ternyata simayat lebih dekat dengan tempat tujuannya, iaitu yang dihuni oleh orang-orang soleh, bererti dia termasuk dalam golongan mereka. Maka Malaikat rahmatlah yang berhak membawanya. (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).


Dalam riwayat lain diterangkan, selisih jarak antara kedua negeri itu hanya satu jengkal, sungguhpun demikian ia masuk bumi (tempat) yang baik, kerana ia lebih dekat dengannya.
Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebutkan;

"Maka Allah SWT mewahyukan kepada bumi yang buruk agar menjauh dan pada bumi yang baik agar mendekat. Lalu diperintahkan agar mengukur jaraknya, sehingga didapati dia lebih dekat pada bumi yang baik selisih satu jengkal dan ampunilah dia".

Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rumusan daripada cerita di atas, pemuda tersebut masih belum sempat bertaubat tetapi telah meninggal dunia dalam separuh perjalanannya untuk bertaubat. Walau bagaimanapun, Allah tetap memberi keampunan kepadanya kerana dia sempat berniat sebelum ajal menjemputnya. Lihat, betapa kasihnya Allah kepada umat-umat-Nya..Renungkanlah
-Atukmudabergaya-
----------------------------------------------------------------------------------------
"Tuhanku, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga tidak berdaya menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu, kurniakanlah taubat dan ampunkanlah dosaku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.."

9 comments:

  1. insaf. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. best laaa atuk ni, suke bagi nasihat, thanks atuk :-)

    ReplyDelete
  4. sebagai seorang islam, kte kan digalakkan utk berpesan-pesan..biarpon kte bknlah seorg yg baik, tetapi x salah kan kte mengingati org lain...

    ReplyDelete
  5. tq krn bkongsi kisah menarik. sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Penyayang cuma kita yg suka melengah2kan niat utk btaubat

    ReplyDelete
  6. ya Allah...terlalu byk dosa2 lepas..moga2 perjalananku menuju maghfirah Ilahi diberkati olehMu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...