Berbicara tentang HATI, selalu kte dengar perkataan soal hati, sakit hati, jatuh hati, patah hati dll kan?? Kenapa semuanya tentang hati?? Kerana hati adalah raja dalam diri setiap manusia..
Hati mampu mengubah hidup seseorang dan penentu kepada perjalanan hidup seseorang.
Dan kerana itulah hati dikatakan raja dalam diri seseorang. Jika di dalam sesebuah negara, raja adalah ketua kepada rakyatnya. Jika rajanya memerintah negara dengan bijak dan saksama, maka amanlah kehidupan rakyatnya dan begitulah sebaliknya. Begitu juga hati, manusia boleh berubah dalam sekelip mata kerana perasaan dari hati mengawal seluruh pemikiran dan diri seseorang seperti putus cinta, hasad dengki dan macam-macam lagi sehingga ada yang sanggup ingin membunuh diri, memporak perandakan orang lain dll. Tiada gunanya mempunyai akal fikiran yang bijak, atau tubuh badan yang kuat, atau rupa yang menawan jika hatinya lemah. Oleh itu, jagalah hati sebaik mungkin supaya ia teguh, teguh dan terus teguh beriman kepada ALLAH.
** Setiap pagi apabila hendak keluar rumah ke tempat kerja/sekolah/ ke mana sahaja, letak tapak tangan anda di dada (pada bahagian hati) sambil baca Al-Fatihah dan berkatalah "Ya ALLAH, Aku bersyukur kerana aku masih beriman kepada-Mu dan teguhkanlah hatiku supaya aku terus beriman kepada-Mu.."
# tak sampai 5 min kan kalo nak buat nie setiap pagi?? :)
seseorg yg x mempunyai hati ibarat zombie. Cuba bygkan sekiranya kita hebat dlm semua aspak duniawi tetapi dlm rohani zero. X ada nilainya sbb dunia ni hanyalh persinggahan sementara sblm menjejakkan kaki ke alam kekal abadi iaitu alam barzakh..
ReplyDeleteyerp btol.
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesekjap je kan
tapi bermakna utk kehidupan =]
thanks dgn pesanan atuk itu, mmg baik utk sy yg selalu lupa
ReplyDeletehati kena bersih beb..
ReplyDelete