Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

Application Android Yang Perlu Ada Dalam Handphone Anda


Dropbox adalah aplikasi yang membolehkan anda membawa gambar-gambar anda, dokumen, dan video di mana-mana sahaja dan berkongsi dengan mudah dengan mana-mana device anda yang lain. Aplikasi ni ala-ala macam Iclouds untuk apple, sbg cth bile anda snap gambar dan simpan di dalam dropbox, gambar td dah ada di laptop anda melalui aplikasi dropbox yang ade dekat laptop anda tu. Aplikasi ini memerlukan line data sepenuhnya.

 
Viber merupakan satu aplikasi untuk telefon iPhone dan Android yang membolehkan anda membuat panggilan telefon percuma dan menghantar mesej teks kepada sesiapa yang juga mempunyai aplikasi ini. Seperti Whatsapp, Viber secara automatik akan detect sesiapa di dalam contact no anda yang menggunakan aplikasi ini, dan anda boleh terus berhubung secara percuma ! Awesome kan !!
Voxer adalah aplikasi walkie talkie untuk telefon pintar. Voxer membolehkan anda menghantar mesej segera audio, teks, foto dan lokasi kepada satu atau sekumpulan kawan-kawan anda.


Applikasi ini adalah aplikasi personal market. Melalui aplikasi ini, ia akan menyenaraikan semua aplikasi yang ada di dalam handphone anda dan berkongsi dengan rakan lain. Apabila anda log masuk menerusi facebook, anda dapat melihat semua aplikasi yang ada di dalam handphone rakan anda jika dia juga menggunakan appreciate. Kalau tengok application rakan anda tu mcm best, boleh la amek :)


Apabila bermain dengan handphone yang canggih-canggih yang menggunakan data line, ini perkara yang perlu selalu dibuat; clean the cache !! Bila masuk je internet, banyak cache-cache yang akan masuk dan tersimpan dalam phone dan ini akan memakan space, sebab tu lah handphone jadi berat..sebab x pernah nak cuci !! Biasa kan cuci cache setiap hari :)

Finally, ini lah die application yang paling atuk suka pakai. Applikasi ni adalah aplikasi perkongsian monitor. Biasa atuk dekat opis, atuk akan gunakan aplikasi ni di dalam ipad atuk untuk control laptop atuk dekat rumah. Aplikasi ni jugak digunakan untuk presentation di mana semua org melihat pada screen yang sama di lain-lain lokasi.

#Actually, banyak lagi application-application menarik tapi untuk kali ni, atuk share yang nie je dl ye..saje gediks nak tayang handphone baru beli >>


HTC One X. Model pertama yang menggunakan processor Quad Core 1.5 ghz bermaksud 2 kali kelajuan Galaxy Note (Dual Core 1.4ghz), malah Iphone 4S pon baru Dual Core 1.2ghz.

#Info tambahan : Semua model blackberry menggunakan processor Single Core kecuali Bold 9900, satu-satunya model Blackberry yang menggunakan Dual Core Processor tp! Blackberry menggunakan jaringan dia sendiri, sebab tu walaupun single core die masih laju.

Saturday, 17 March 2012

Sambungan iPad #2

Inilah die screen iPad atuk yang pecah ari tue. Last 2 weeks dah pegi ganti dekat Pertama Complex. Melayang RM330, plus terus beli casing baru yang lebih keras RM 100 :'(

**The day when this ipad broke, terasa menyesal gile spent
 RM610 pada ari semalamnya for skin treatment.
 Duit short !!

Monday, 5 March 2012

Ipad 3??

Masih lagi dalam mood gadjet tablet, kali nie atuk nak share iPad3 concept yang didedahkan oleh Apple. Berita angin semakin kuat mengatakan Apple akan lancarkan iPad3 dalam bulan March 2012, tapi masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Ada juga yang mengatakan new iPad is iPad HD, ada jgk berita Apple akan keluarkan iPad dengan kapasiti 8GB. so, sama2 la tunggu. Take a look this video, kalo inilah iPad3 nye it was so awesome !!

iPad2 vs Samsung Galaxy TAB

Hye, lama jgk atuk x menulis dalam blog nie ye..dah bersawang dah kot, tiba-tiba ari nie terfikir nak menulis..Mood ari nie agak down sebab; my iPad2 baru je terhempas. Semalam masa nak balik dr umah member, atuk bukak pintu kete sambil tgn sebelah lagi pegang iPad tiba-tiba terlepas terus jatuh ke jalan..dan akhirnye screennya dah retak ;( 

Disebabkan ari nie asyik mengenangkan iPad yang retak nie, maka atuk terfikir untuk menulis entry tentang gadjet-gadjet canggih nie. Mungkin ada sesetengah yang nak beli tablet tapi x tahu nak pilih samada iPad or galaxy tab, ini komen atuk:-



Secara jujurnya atuk pakai iPad2 yang menggunakan sistem IOS. Atuk juga biasa dengan sistem Andorid sbb atuk pakai hp android (sistem yang digunakan dalam TAB), maka dari pengalaman atuk menggunakan kedua-duanya, atuk dah nampak kelebihan android berbanding IOS seperti berikut:-

Adobe flash player : TAB ada tapi IOS xde. Adobe flash player nie digunakan apabila nak tgk video kt internet mcmmana kte online dekat pc, bile xde sometime ade video yang kte x bole play.

Ketahanan : TAB lebih tahan lasak berbanding iPad. Buktinya, iPad atuk baru terhempas cket dah crack ;(

Home screen theme : TAB boleh tukar-tukar mengikut citarasa masing-masing, manakala iPad dah standard. Jadi bila nak susun icon application agak susah.

Application : Android lebih banyak dan menarik. Bukan sahaja games, malah lain-lain application pon android banyak pilihan. Sebagai contoh, nak set beberapa application dengan password supaya mungkin sesetengah application kte xnak orang lain tahu, android boleh set tapi IOS x boleh. Kalo boleh pon kene bayar. Application IOS banyak yang berbayar, jadi sesiapa yang beli iPad kene lah buat 'jailbreak' dl (kene buat dekat kedai harga sekarang RM80.00). Jailbreak bermaksud memecahkan sistem IOS tersebut supaya boleh download app dari store lain secara free, tapi ini jgk agak terhad. Walaupun dah jailbreak, sesetengah application masih susah nak download dan apabila dah buat jailbreak, warranty dengan apple dah out (tapi masih boleh recover dengan cara kalo rosak, pegi kedai dulu reset sume setting hilangkan jailbreak then baru hantar ke Apple Store).

PC Connection: TAB lebih freindly dan mudah berbanding IOS. Sambungkan je TAb ke pc, automatik die kua macam kte sambung pendrive ke kamera ke dll tapi IOS tidak! Pc yang disambungkan mesti ada software iTunes dl (Download dari website apple), barulah boleh bukak. Kalo nak transfer file, sumenye kene lalu iTunes, jadi agak rumit kepada sesiapa yang x biasa dengan pc.

Berat : TAB lebih ringan berbanding iPad.

Kamera : TAB lebih cantik dan sharp berbanding iPad.

Harga : TAB lebih murah berbanding iPad. Ipad mahal hanyalah disebabkan jenamanya (Apple).

Actually banyak lagi perbezaannya, tapi apa yang atuk nyatakan di atas sumenye perkara-perkara yang paling atuk concern dan agak kecewa dengan iPad. Sebanarnye, konsep Apple nie lebih kepada kehidupan menggunakan barang-barang Apple. Maksudnye kalo anda pakai iPad, pakai iMAC, iPod dan iPhone (sume skali Apple), barulah terasa best. Sebagai contoh, melalui app baru dari Apple (iCloud), apabila anda keluar dan mengambil gambar menggunakan iPhone, secara automatik gambar tu dah ade dalam iMac anda dekat rumah dan sume device-device apple anda yang lain (Sumenye dah snychronize skali). Kalau setakat nak pakai tablet sahaja, GALAXY TAB IS THE BEST !!


#Satu jela yang iPad menang : bateri lebih lama.

Tuesday, 15 March 2011

Black Berry Messenger vs WhatsApp


Kalo selama nie black berry user sangat berbangga dengan Black Berry Messenger (BBM), skang nie dah ade application yang sama untuk pengguna hp OS yang lain (Iphone/Android)..

WhatsApp : application yang sama seperti BBM tp kelebihannya ia boleh menghubungkan ke semua jenis hp, x seperti BBM yang hanya boleh menghubungkan antara pengguna Black Berry sahaja.

Mudah saja.!!

1. Pergi ke website www.whatsapp.com melalui hp anda
2. Download the application (free download)
3. Install the application
4. Done!!

After siap install kt hp anda, whatsapp secara automatik akan detect sume kawan-kawan dlm hp anda yang ade apllication whatsapp dan anda boleh la chatting sama mcm BBM ke semua kawan-kawan tersebut.


**Additional note:-

  1. Before this whatsapp digunakan untuk Iphone user sahaja, tp skang die dah bukak utk all user.
  2. Tiada charge diperlukan, cuma memerlukan line internet.
  3. Lebih mudah berbanding BBM kerana boleh menghubungkan semua jenis hp tanpa charge
  4. Utk Nokia user, hanya certain model sahaja yang boleh menggunakan application nie.

Thanx -Peace No War--V--




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...