Showing posts with label Pengetahuan Umum. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Umum. Show all posts

Tuesday, 1 May 2012

Rahsia di Sebalik Nombor Pada Pembalut Burger King



Suke makan burger king?
Yes, I am..atuk memang suke :3
This is just for information saje la :)

Just to share ape maksud alphabetic number yang ade dekat pembalut burger tersebut.


Kalau anda perasan, dekat pembalut tu akan ada satu nombor yang akan ditanda. Apa maksud die? Itu adalah tanda tempoh expired burger tu. Sebagai menjaga kualiti burger, burger king dah set dalam specification die setiap burger hanya boleh bertahan selama 10 minit, selepas dari tu temperature burger akan menurun and sume sayur-sayur kt dalam die dah layu, jadi burger tu perlu dibuang (This is by right lah, tp biasenye drg jual jgk!)

Bagaimana membaca tanda nombor tersebut?


Terdapat dua skrin di bahagian kaunter burger, satu untuk pembuat burger dan satu lagi untuk kaunter ambil order. Pekerja yang membuat burger akan menanda no mengikut no yg terpapar di skrin, di bahagian kaunter no die adalah no sebelum. Setiap no berselang selama 10 min, so kalau anda dapat burger yang anda order, anda boleh melihat no tersebut ada terpapar di skrin depan kaunter tu. Kalau no di skrin sudah melebihi no di burger anda, bermakna burger anda sudah expired untuk dijual. (Act burger tu okey je cuma kualiti die kurang berbanding spec asal).

Sometime anda akan dapat burger yg tak ditanda langsung. Bukan pekerja tu malas, tp sbb order x banyak..die buat burger tu on the spot lepas anda order jadi x perlulah die tanda sbb anda pon dah boleh nmpak kan die baru je buat, biasenye tanda tu perlu bile ramai sgt costumer jadi tukang buat burger main buat je burger x ikut order...

Itu je. Thanx  and have a nice day. Ohh, HAPPY LABOUR DAY ANYWAY !!

#Eh cmne plak dgn lain-lain fastfood, anyone knows?? Share please

Tuesday, 27 March 2012

No IC (Kad Pengenalan Diri)

Ade siapa-siapa yang masih belum tahu tentang tanda nombor paling belakang dalam setiap no IC masing-masing?? 
Tandanya simple je, 
nombor genap utk perempuan dan 
nombor ganjil utk lelaki. 
Dah, tue je (^__^)


Sekian, terima kasih--V--


Saturday, 10 December 2011

Fungsi Lampu di Atas Bumbung Teksi


Dulu-dulu time atuk masih tenager, atuk ingat lagi malam-malam nak keluar ngan member slalu tahan teksi tapi teksi tue x berhenti pon..member ckp:-

"Memang la die x benti, dalam die ade penumpang la"
"Eh mana ko tau, ko nampak ke dalam??"
Bongok, kan lampu kt atas bumbung die tu x nyala !!"


Ouh, lepas tu baru atuk tau haha..kalo lampu kt atas bumbung teksi tue menyala maksudnye teksi tue available, and kalo x nyala x available la (ade penumpang)..huhu !!

btw kalo sume teksi kt msia cmnie, best x??


Thursday, 8 December 2011

Carta 10 Kondo Paling Mahal di Kuala Lumpur

Sumber ini dipetik daripada (link), berikut 10 kondo paling mahal di Kuala Lumpur :-


1.  One KL, 2.  The Troika, 3.  K Residence, 
4.  The Meritz, 5.  Marc Residence, 6.  The Avare, 
7.  Park Seven, 8.  Pavilion Residence, 
9.  Idaman Residence, 10.  Ampersand @ Kia Peng


1.  One KL
Dengan konsep "94 apartment 95 kolam renang", ia adalah sebuah bangunan berbentuk segitiga dengan senibina arkitek yang ringkas dan moden. Terletak berhampiran KLCC, dekat-dekat area jalan P Ramlee.

Harga bermula dari : RM7.25 juta (update 2009)

2.  The Troika

Bangunan ini mempunyai 3 menara dan akan menjadi kediaman tertinggi di Malaysia dengan tingkat tertinggi adalah tingkat 55 di salah sebuah menara tersebut. Lokasinya menghadap ke arah KLCC Park, ia menjanjikan pemandangan yang amat cantik.

Harga bermula dari : RM3.68 juta (update 2009)

3. K Residence

Lokasinya bersebelahan KLCC, bangunan ini mempunyai 2 menara dengan ketinggian hampir sama dengan The Troika. Pengurusan bangunan ini amat menitik beratkan kemudahan uititi seperti tekanan air dan lain-lain. Di bahagian aras bawah terdapat kedai-kedai dan parking bawah tanah kepada pemilik rumah.

Harga bermula dari : RM2.32 juta (update 2009)

4. The Meritz

Seperti K Residence, bangunan ini juga terletak di Jalan Ampang berhampiran KLCC dan kemudahan pengangkutan transit aliran ringan. Pemandangannya agak terlindung dari KLCC oleh beberapa bangunan pejabat lain di sekitarnya dan dikatakan rupa pembinaannya tidak secantik pandangan yang digambarkan oleh artis.

Harga bermula dari : N/A

5. Marc Residence

Mempunyai dua menara yang boleh dihubungkan, binaan bangunan ini sangat elegan dan mempunyai taman berbumbung dan juga penanaman pokok di keseluruhan menara 1.

Harga bermula dari : RM720, 000 (update 2009)

6. The Avare

Direka oleh Arkitek David John Clarke, bangunan ini dengan rekabentuk yang sangat bergaya diinspirasikan daripada bentuk rama-rama. Dengan pemandangannya menghala ke arah KLCC Park dan Kelab Golf Diraja Selangor, kediaman ini merupakan kediaman yang amat sempurna untuk dimiliki.

Harga bermula dari : RM4.56 juta (update 2009)

7.  Park Seven

Park Seven dibina dengan ketinggian rendah dengan hanya 20 tingkat tetapi mempunyai 7 menara. Dengan keluasan tanah yang agak kecil, setiap menara disusun agak rapat. Hanya terdapat satu unit bagi setiap tingkat, ianya amat sesuai untuk golongan muda.

Harga bermula dari : RM2.5 juta (update 2009)

8. Pavilion Residence

Pavilion Residence adalah satu lagi pembinaan tinggi selepas Marc Residence dengan kemudahan kedai-kedai runcit di bahagian bawahnya dan pejabat-pejabat serta hotel disampingnya.

Harga bermula dari : RM1.24 juta (update 2009)

p/s : ini rumah Atuk ;)

9.  Idaman Residence

Idaman Residence berkonsep kediaman mesra alam dengan konsep pengudaraan semula jadi di kebanyakan sudut rumahnya (walau bagaimanapun masih terdapat pengudaraan penghawa dingin). Ia juga mengandungi 4 taman berbumbung di bahagian atas paras parking kereta.

Harga bermula dari : RM760, 000 (update 2009)

10.  Ampersand @ Kia Peng

Rekaan Ampersand @ Kia Peng tidak ke arah bangunan tinggi, hanya sekitar 7 - 12 tingkat dan setiap unit kediaaman berhampiran dengan jalanraya. Lokasi kediaman adalah di Jalan Kia Peng di antara KLCC Park dan Kelab Diraja Selangor, ia menjadi antara kediaman di dalam bandar yang sungguh moden.

Harga bermula dari : RM2.35 juta (update 2009)

Monday, 5 December 2011

Cara Bijak Membeli Roti #2

(Gambar Hiasan)

Kalo dulu atuk pernah post entry Cara Bijak Membeli Roti, entry ari nie adalah sambungan daripada entry tersebut. Pada sesiapa yang x baca entry no. 1 sebelum nie, sila klik cnie. Ari nie atuk nak tambah cket dari tips yang lepas, cara bijak nak dapatkan roti yang paling lama tempoh expired die :-

Elakkan membeli roti pada hari AHAD. Sebab?? hari Ahad lori kilang roti sume x jalan (cuti), so xde proses return pada hari tersebut. Roti baru akan dihantar pada hari Isnin or Selasa. Kalo last return pada hari Jumaat, maksudnye next return pada hari Isnin dan kalo last return pada hari Sabtu, next return pada hari Selasa. (Return biasanya setiap 2 hari).

Sekian, terima kasih. -V-

Wednesday, 30 November 2011

Cara Betul Menyelamatkan Mangsa Lemas

Biasa kita dengarkan di berita orang tolong mangsa lemas, kesudahanya die skali lemas jgk sedangkan die pandai berenang, tetapi kenapa die sendiri yang lemas??

Sebagai org yang ingin membantu mangsa lemas, kite perlulah tahu teknik berenang yang betul untuk menyelamatkan mangsa. Dalam keadaan lemas, situasinya sangat rumit dan kelam kabut. Mangsa lemas dalam keadaan terkapai-kapai akan menangkap apa sahaja yang ada berhampiran dengannya. So, atuk nak ajar cara yang betul menyelamatkan mangsa lemas :-

Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan mangsa, kehadiran anda tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan kedudukan anda berada di bahagian belakang. Kemudian, selam ke dalam air dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan. Ini untuk mengelakkan mangsa berhenti terkapai-kapai, kalo x tue yang jadi kelam kabut sampai mangsa tarik2 penyelamat at the end skali penyelamat tue pon lemas.

Gambar contoh

Sekian, terima kasih -V-

Tuesday, 29 November 2011

Cara Peram Buah-Buahan Tempatan

Hari nie atuk nak berkongsi dengan korang cara-cara peram buah-buahan tempatan. Petua nie atuk blaja dari ayah atuk (kire moyang korang la eh?):-

1. Buah Nangka.


Bermula dari cara petik buah nangka di pokok, setiap buah nangka mesti ada helaian daun di atas buah tu. Kalo tgk daunnye dah layu maksudnye buah nangka tue dah bole dipetik. Kalo daunnye dah hilang, cuba torehkan sedikit sahaja pada buahnya, kalo getahnya cair meleleh maksudnya buah tue dah bole dipetik !
Cara peram buah nangka plak, rendamkan je nangka tue dalam air semalaman dan tgklah hasilnya esok.

2. Buah Pisang


Pisang memerlukan haba untuk masak. Orang dulu2 gunakan daun lalang untuk peram buah pisang dengan cara menyusun pisang di atas daun lalang dan kemudiannya ditutup dengan guni. Skang mungkin susah nak cari daun lalang, so cara skang gunakan paper lama bungkus pisang tersebut semalaman. Nak lebih bagus, jemur dulu paper tue sekejap dalam 2 3 jam untuk dapatkan haba kemudian baru bungkus pisangnye.

3. Ciku


Mudah je, simpan dalam beras dan tengoklah hasilnye esok ! Jangan letakkan ciku di atas lantai simen, nanti bahagian ciku tersebut keras berkematu.

4. Betik


Potong sedikit betik tersebut dekat bahagian tangkai dan tunggula esok yea :)

5. Cempedak


Cara peram buah cempedak hampir sama dengan buah pisang, tapi menggunakan daun tepus. Kalo xde daun tepus, balut ngan kain pon boleh. X kenal daun tepus cmne rupenye?? tgk gambar kt bawah nie :-

Daun Tepus


Sekian, terima kasih -V- jgn lupe klik iklan kt bawah nie ;-)



Tuesday, 25 October 2011

Bagaimana kalo lalu tol, nilai dalam Touch n Go kurang??

Pernah dulu atuk memandu dari utara nak balik ke KL, berenti dekat R&R Ulu Bernam nak reload Touch n Go tp abes..berenti plak dekat R&R Sungai Buloh pon abes jgk.."alamak, lepas nie xde tempat nak reload dah, cmne nie?? nilai x ckp nie ayakkk..."


Tibe-tibe.."Senang je encik, nanti masuk lorong satu ckp Touch n Go x ckp nilai..lorong satu maksudnye lorong paling kiri..." akak kaunter reload Touch n Go tue ajar atuk ;)

p/s: act ari tue atuk x masuk pon lorong satu, atuk tawakkal kpd ALLAH and selambe je lalu smart tag n alhamdulillah nilainye ngam2 dalam kad tue..huhu selamat ! So sesape yg pernah berlaku kes cmnie, bole bg komen x??


Saturday, 22 October 2011

Emergency light time hujan ??

Biase tengok bile time hujan lebat, ade pemandu yang pasang emergency light especially kt highway..Atuk teringin nak tnye pemandu2 nie, dari mana korang blaja bile time hujan lebat kene pasang emergency light???



X pernah ade dalam silibus kelas memandu kt Malaysia nie yang menyatakan; bile memandu dalam keadaan hujan lebat, lampu kecemasan perlu dinyalakan !! Sape bole cari dalam buku latihan memandu, kalo jumpe bak cnie tunjuk kt atuk !!

Emergency light adalah untuk petanda berhenti kt tepi jalan, bukannye untuk memandu dalam hujan der ! Atuk tgh cari video rancangan TV3 Ronda-ronda bersama Proton cerita pasal hal nie, kalo dapat nanti atuk masukkan.

So kepada pemandu2 yang selama nie pasang emergency light time hujan, atuk tolong jawapkan untuk korang k.."ktrg blaja daripada orang ramai, sbb tgk org lain pasang so ikut la"...aah ye, pandai !! Orang langgar tiang,  ha pegi ikut ! Sebagai panduan, korang bole baca nie: TIPS MEMANDU KETIKA HUJAN

Additional : pernah jumpe kete polis, jpj ke ape pasang emergency light time ujan??

Monday, 18 April 2011

Chewing gum

Hye followers !!
1st off all sory sbb agak lama x update blog nie since laptop aku rosak.. mgkin die jeles aku br je nak start dunia berbloging nie, dan2 je die rosak..

okey what to say about chewing gum??



Rsnye sume org pernah lalui bile je naik ke tmpt tinggi especially melalui highway karak, telinga kte rs mcm saket disebabkan oleh tekanan udara tinggi..so cmne nak ilangkan die??

Kunyah chewing gum!!

Mcm 2 jgklah kalo berada di kawasan tekanan udara rendah..




Monday, 21 March 2011

Cara Sihat Memasak Maggie

Maggie, walaupun kite tahu ia merupakan makanan yg x berkhasiat tp kebanyakan kite masih kerap memakannya..sebab?? MURAH DAN SEDAP !! kene plak time2 ujung bulan, sume org cari maggie la ape lg sbb duet da xde ahaa..

Tahukah anda terdapat pelbagai bahan kimia di dalam maggie??? dan salah satunya adalah [nama saintifik akan diupdate later, terlupe plak]. 

Bahan ini digunakan untuk mengeraskan megi tersebut untuk dibungkus dan apabila dimakan, badan manusia memelukan 3 hari untuk menghilangkan kesan toksik dari bahan tersebut. Sbb 2 le org slalu ckp x elok makan megi ari2..

Langkah bijak memasak maggie:-

Selepas merebus maggie sehingga lembut, langkah terbaik ialah dengan membuang air rebusan tersebut dan rebus air baru bersama maggie yang telah dilembutkan td. Dengan cara ini, bahan kimia tadi akan dibuang bersama air rebusan pertama...so xdela masuk dalam badan kite kan..dah, 2 je :D

P/s: seelok-eloknye elakkan la makan maggie, tp kalo da nak makan gak selangkan sekurang-kurangnya 3 hari dari pemakanan maggie sebelum nie..dan bile nak masak, try ikut langkah di atas yeah :)
Untuk info lanjut, sile tanye doktor anda !!

"Dengan sedikit info, boleh menyelamatkan nyawa"

Friday, 18 March 2011

Cara Untuk Cepatkan Bunga Ros Kembang


Sesetengah org suke menggunakan bunga ros hidup sebagai hiasan di atas meja makan atau ruang tamu.

Bunga ros juga dijadikan hadiah kepada yang tersayang, melawat orang sakit, dll..

 Bagaimana melambatkan proses bunga ros daripada layu?? 
Jawapan : campurkan larutan gula dalam bekas air bunga ros tersebut

Bagaimana mempercepatkan proses pengembangan kuntum bunga ros??
Jawapan: masukkan panadol soluble ke dalam bekas air bunga ros tersebut, biarkan semalamam dan tgk hasilnya esok..Bunga ros tersebut terus kembang!!

**Additional notes:-

Kaler-kaler bunga ros mengikut kegunaannya:-
  1. Merah   - melambangkan kasih sayang
  2. Putih     - sebagai tanda takziah, contohnya ketika melawat pesakit                      di hospital
  3. Kuning  - sebagai tanda meminta maaf
  4. Pink      - lebih sesuai diberikan kepada yang tersayang seperti ibu,                       bapa atau kakak..

Tuesday, 1 March 2011

Kenapa Burung X hinggap di Jambatan Putrajaya??

Dulu2 sometime kalo malam-malam xde watpe, pernah la jgk  Atuk pergi melepak kt jambatan putrajaya ngan kawan-kawan..setiap kali pergi putrajaya, agak susah nak jumpe burung, KENAPE YE??

Gambar curi dari internet

A few member-member Atuk pernah terlibat ngan constrcution project di Putrajaya, so Atuk tanye la drg tentang masalah nie and jawapannye adalah:-

Bangunan-bangunan di Putrajaya termasuk la jambatan-jambatan atau struktur lain di Putrajaya kebanyakannya dilengkapi dengan "ultrasonic anti-bird device"

ouh patut la x pernah tgk burung hinggap kt atas jambatan 2 kan!! device nie mengeluarkan bunyi ultra yang hanya didengari oleh burung sahaja, manusia x bole dengar..kalo manusia pon dengar, abes la Putrajaya jadi mcm Resident Evil plak nanti ahah..

Atuk x pernah terlibat ngan projek yang menggunakan device tersebut, tp berdasarkan member Atuk ade yang ditanam terus kt dalam konkrit dan ada yang expose kt lua (senang utk maintenance).

So mission Atuk lepas nie kalo g Putrajaya, Atuk nak try cari device 2 kalo jumpe :D

Thursday, 24 February 2011

Cara untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur

Pernah dengar tentang ITIS??
(sebutan die: "I-TIS")

ye pernah, setiap hari di radio pihak ITIS melaporkan info terkini trafik,
tp apakah sebenarnye ITIS??


ITIS - Intergrated Transport Information System

Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu atau ITIS ialah suatu sistem maklumat pengangkutan bersepadu yang dibina khas untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawasi aliran trafik serta menganalisa data keadaan lalulintas di Lembah Klang untuk disampaikan kepada pengguna jalan raya.

for info: www.itis.com.my

ITIS juga menyediakan perkhidmatan video kamera yang diletakkan di kebanyakan jalan utama sekitar Lembah Klang. Perkhidmatan ini boleh disambungkan terus ke telefon bimbit pengguna melalui rangkaian 3g.

Jadi lepas nie kalo krg nak pergi ke sesuatu destinasi, krg boleh la check dulu kawasan-kawasan yang akan dialui melalui telefon bimbit 3g krg. Krg bole tgk video live pada jalan-jalan tersebut !!

untuk melihat video jalan-jalan utama di sekitar Lembah Klang menggunakan telefon bimbit: http://www.itis.com.my/atis/mobile_phone_user_guide.jsf

"I've got many things to do than stuck in traffic jam"
slalu jumpe sticker nie kt blakang kete org kt traffic jem, 
tp adakah drg nie tahu tentang perkhidmatan ITIS??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...