Monday, 5 March 2012

iPad2 vs Samsung Galaxy TAB

Hye, lama jgk atuk x menulis dalam blog nie ye..dah bersawang dah kot, tiba-tiba ari nie terfikir nak menulis..Mood ari nie agak down sebab; my iPad2 baru je terhempas. Semalam masa nak balik dr umah member, atuk bukak pintu kete sambil tgn sebelah lagi pegang iPad tiba-tiba terlepas terus jatuh ke jalan..dan akhirnye screennya dah retak ;( 

Disebabkan ari nie asyik mengenangkan iPad yang retak nie, maka atuk terfikir untuk menulis entry tentang gadjet-gadjet canggih nie. Mungkin ada sesetengah yang nak beli tablet tapi x tahu nak pilih samada iPad or galaxy tab, ini komen atuk:-



Secara jujurnya atuk pakai iPad2 yang menggunakan sistem IOS. Atuk juga biasa dengan sistem Andorid sbb atuk pakai hp android (sistem yang digunakan dalam TAB), maka dari pengalaman atuk menggunakan kedua-duanya, atuk dah nampak kelebihan android berbanding IOS seperti berikut:-

Adobe flash player : TAB ada tapi IOS xde. Adobe flash player nie digunakan apabila nak tgk video kt internet mcmmana kte online dekat pc, bile xde sometime ade video yang kte x bole play.

Ketahanan : TAB lebih tahan lasak berbanding iPad. Buktinya, iPad atuk baru terhempas cket dah crack ;(

Home screen theme : TAB boleh tukar-tukar mengikut citarasa masing-masing, manakala iPad dah standard. Jadi bila nak susun icon application agak susah.

Application : Android lebih banyak dan menarik. Bukan sahaja games, malah lain-lain application pon android banyak pilihan. Sebagai contoh, nak set beberapa application dengan password supaya mungkin sesetengah application kte xnak orang lain tahu, android boleh set tapi IOS x boleh. Kalo boleh pon kene bayar. Application IOS banyak yang berbayar, jadi sesiapa yang beli iPad kene lah buat 'jailbreak' dl (kene buat dekat kedai harga sekarang RM80.00). Jailbreak bermaksud memecahkan sistem IOS tersebut supaya boleh download app dari store lain secara free, tapi ini jgk agak terhad. Walaupun dah jailbreak, sesetengah application masih susah nak download dan apabila dah buat jailbreak, warranty dengan apple dah out (tapi masih boleh recover dengan cara kalo rosak, pegi kedai dulu reset sume setting hilangkan jailbreak then baru hantar ke Apple Store).

PC Connection: TAB lebih freindly dan mudah berbanding IOS. Sambungkan je TAb ke pc, automatik die kua macam kte sambung pendrive ke kamera ke dll tapi IOS tidak! Pc yang disambungkan mesti ada software iTunes dl (Download dari website apple), barulah boleh bukak. Kalo nak transfer file, sumenye kene lalu iTunes, jadi agak rumit kepada sesiapa yang x biasa dengan pc.

Berat : TAB lebih ringan berbanding iPad.

Kamera : TAB lebih cantik dan sharp berbanding iPad.

Harga : TAB lebih murah berbanding iPad. Ipad mahal hanyalah disebabkan jenamanya (Apple).

Actually banyak lagi perbezaannya, tapi apa yang atuk nyatakan di atas sumenye perkara-perkara yang paling atuk concern dan agak kecewa dengan iPad. Sebanarnye, konsep Apple nie lebih kepada kehidupan menggunakan barang-barang Apple. Maksudnye kalo anda pakai iPad, pakai iMAC, iPod dan iPhone (sume skali Apple), barulah terasa best. Sebagai contoh, melalui app baru dari Apple (iCloud), apabila anda keluar dan mengambil gambar menggunakan iPhone, secara automatik gambar tu dah ade dalam iMac anda dekat rumah dan sume device-device apple anda yang lain (Sumenye dah snychronize skali). Kalau setakat nak pakai tablet sahaja, GALAXY TAB IS THE BEST !!


#Satu jela yang iPad menang : bateri lebih lama.

5 comments:

  1. I don't think so special dia sebab battery tahan lama.. but Galaxy Tab 10.1 tu sangat sangat awesome..! now release Galaxy Tab 7.0 Plus.. but, harga dia lebih mahal berbanding Tab 10.1.. =..=

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7.0 plus dah lama la syg, dah kua 7.7 pon ;)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. so i ketinggalan la niey? God.. tak tahu.. hahaha.. almaklum la duduk dalam gua mana la tahu.. btw, nice blog yeah.. have a lot of information.. like it.. :)

    ReplyDelete
  4. Nice entri...sy suka baca...boleh tolong orag mencari the best...Memang kedua2 tab ni yang terbaik kat Malaysia,,sy akui,,,Tapi bagi mereka yang nak mencari alternatif lain atau tab lain sebgai ganti msih ada sebenarnya...Bacalah review dari sy ni...berkongsi pendapat...tq..

    Tablet Android Murah Kini Di Pasaran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...