Monday, 9 July 2012

Isyarat Untuk Orang Buta

Assalamualaikum, dan sekian lamanya atuk x update blog nie. Mungkin dah bersarang agaknye, maaflah terlalu bz dgn macam2 benda.

Baiklah, untuk entry kali nie cuba lihat gambar di bawah nie. Just nak share info mudah tentang rahsia di sebalik susunan 'floor tile' / mozek yang terdapat di kaki-kaki lima, landasan LRT atau mana-mana saja seperti gambar di bawah.


Sebenarnya mozek tersebut bukan disusun sebagai suka-suka. Selain ia digunakan sebagai architecture view, ia juga adalah sebagai ISYARAT UNTUK ORG BUTA, sekian terima kasih :)



Tuesday, 29 May 2012

Rahsia di Sebalik Remote Astro

Tahukah anda sebenarnye remote astro seperti handphone, ia mempunyai secret key untuk lock atau unlock remote tersebut. Option ini digunakan sebagai contoh jika anda ingin melihat sesuatu channel dan anda tidak mahu diganggu oleh anak-anak anda, anda boleh lock remote tersebut dan ia secara automatik tidak akan berfungsi jika ditekan. Apakah secret key tersebut??


Jangan halakan remote ke arah decoder, tekan menu dan jangan lepas dan tekan secret key (Setiap remote berbeza key nya tetapi di antara 001 - 007)

Remote putih : Lock 001, unlock 003
Remote biru : Lock 003, unlock 001

p/s : kalo x berjaya anda trylah dr 001 - 007 sbb time atuk tgh menaip entry nie tgh ingat-ingat lupe :p

Attention: Option ini adalah untuk Astro biasa sahaja, Astro Byond adalah terkecuali. (Belum jumpe lg secret key die).


Friday, 25 May 2012

Picture of The Week #Cigar


P/S: Picture nie atuk upload utk someone sebenarnye, die bertanya tentang kamera hp HTC One X, so kepada someone tersebut this picture taken by that hp without any edit. Cuba tgk btol2 picture nie, die blurkan dekat belakang sbb kameranya dah siap dengan autofocus, main camera 8MP dan kamera depan 1.3MP.

Saturday, 19 May 2012

Application Android Yang Perlu Ada Dalam Handphone Anda


Dropbox adalah aplikasi yang membolehkan anda membawa gambar-gambar anda, dokumen, dan video di mana-mana sahaja dan berkongsi dengan mudah dengan mana-mana device anda yang lain. Aplikasi ni ala-ala macam Iclouds untuk apple, sbg cth bile anda snap gambar dan simpan di dalam dropbox, gambar td dah ada di laptop anda melalui aplikasi dropbox yang ade dekat laptop anda tu. Aplikasi ini memerlukan line data sepenuhnya.

 
Viber merupakan satu aplikasi untuk telefon iPhone dan Android yang membolehkan anda membuat panggilan telefon percuma dan menghantar mesej teks kepada sesiapa yang juga mempunyai aplikasi ini. Seperti Whatsapp, Viber secara automatik akan detect sesiapa di dalam contact no anda yang menggunakan aplikasi ini, dan anda boleh terus berhubung secara percuma ! Awesome kan !!
Voxer adalah aplikasi walkie talkie untuk telefon pintar. Voxer membolehkan anda menghantar mesej segera audio, teks, foto dan lokasi kepada satu atau sekumpulan kawan-kawan anda.


Applikasi ini adalah aplikasi personal market. Melalui aplikasi ini, ia akan menyenaraikan semua aplikasi yang ada di dalam handphone anda dan berkongsi dengan rakan lain. Apabila anda log masuk menerusi facebook, anda dapat melihat semua aplikasi yang ada di dalam handphone rakan anda jika dia juga menggunakan appreciate. Kalau tengok application rakan anda tu mcm best, boleh la amek :)


Apabila bermain dengan handphone yang canggih-canggih yang menggunakan data line, ini perkara yang perlu selalu dibuat; clean the cache !! Bila masuk je internet, banyak cache-cache yang akan masuk dan tersimpan dalam phone dan ini akan memakan space, sebab tu lah handphone jadi berat..sebab x pernah nak cuci !! Biasa kan cuci cache setiap hari :)

Finally, ini lah die application yang paling atuk suka pakai. Applikasi ni adalah aplikasi perkongsian monitor. Biasa atuk dekat opis, atuk akan gunakan aplikasi ni di dalam ipad atuk untuk control laptop atuk dekat rumah. Aplikasi ni jugak digunakan untuk presentation di mana semua org melihat pada screen yang sama di lain-lain lokasi.

#Actually, banyak lagi application-application menarik tapi untuk kali ni, atuk share yang nie je dl ye..saje gediks nak tayang handphone baru beli >>


HTC One X. Model pertama yang menggunakan processor Quad Core 1.5 ghz bermaksud 2 kali kelajuan Galaxy Note (Dual Core 1.4ghz), malah Iphone 4S pon baru Dual Core 1.2ghz.

#Info tambahan : Semua model blackberry menggunakan processor Single Core kecuali Bold 9900, satu-satunya model Blackberry yang menggunakan Dual Core Processor tp! Blackberry menggunakan jaringan dia sendiri, sebab tu walaupun single core die masih laju.

Thursday, 3 May 2012

Mengisi Minyak Menggunakan Debit Card


Pernah isi minyak menggunakan debit card? Pada yg x pernah dan bercadang nak guna, ini perkara yang anda perlu tahu:

Setiap transaction minyak yang dilakukan di pump, pihak bank automatically akan freezekan duit anda sebanyak RM200.00 dari akaun bank anda..sebabnya kalau swap dekat pump, nilai isi minyak masih belum tahu berapa, mungkin anda isi RM50.02 mungkin RM63.48 kan, jadi nak senang bank terus freezekan je RM200.00..after few days bile bank dah dapat information berapa exact amount yg anda isi baru drg akan releasekan balik duit anda. 

So, kalau rasa-rasa dalam akaun bank x cukup nilai x pyah la swap dekat pump..or kalau nak swap jgk, pergi dekat kaunter bgtau berapa nak isi and swap dekat sana. Sebab tu jgklah, kadan-kadang dalam akaun bank masih ade RM150 contohla, then nak isi minyak RM50 je tp swap dekat pump failed :)

#Hope sgt info ini berguna kepada anda semua !

Tuesday, 1 May 2012

Rahsia di Sebalik Nombor Pada Pembalut Burger King



Suke makan burger king?
Yes, I am..atuk memang suke :3
This is just for information saje la :)

Just to share ape maksud alphabetic number yang ade dekat pembalut burger tersebut.


Kalau anda perasan, dekat pembalut tu akan ada satu nombor yang akan ditanda. Apa maksud die? Itu adalah tanda tempoh expired burger tu. Sebagai menjaga kualiti burger, burger king dah set dalam specification die setiap burger hanya boleh bertahan selama 10 minit, selepas dari tu temperature burger akan menurun and sume sayur-sayur kt dalam die dah layu, jadi burger tu perlu dibuang (This is by right lah, tp biasenye drg jual jgk!)

Bagaimana membaca tanda nombor tersebut?


Terdapat dua skrin di bahagian kaunter burger, satu untuk pembuat burger dan satu lagi untuk kaunter ambil order. Pekerja yang membuat burger akan menanda no mengikut no yg terpapar di skrin, di bahagian kaunter no die adalah no sebelum. Setiap no berselang selama 10 min, so kalau anda dapat burger yang anda order, anda boleh melihat no tersebut ada terpapar di skrin depan kaunter tu. Kalau no di skrin sudah melebihi no di burger anda, bermakna burger anda sudah expired untuk dijual. (Act burger tu okey je cuma kualiti die kurang berbanding spec asal).

Sometime anda akan dapat burger yg tak ditanda langsung. Bukan pekerja tu malas, tp sbb order x banyak..die buat burger tu on the spot lepas anda order jadi x perlulah die tanda sbb anda pon dah boleh nmpak kan die baru je buat, biasenye tanda tu perlu bile ramai sgt costumer jadi tukang buat burger main buat je burger x ikut order...

Itu je. Thanx  and have a nice day. Ohh, HAPPY LABOUR DAY ANYWAY !!

#Eh cmne plak dgn lain-lain fastfood, anyone knows?? Share please

Tuesday, 27 March 2012

No IC (Kad Pengenalan Diri)

Ade siapa-siapa yang masih belum tahu tentang tanda nombor paling belakang dalam setiap no IC masing-masing?? 
Tandanya simple je, 
nombor genap utk perempuan dan 
nombor ganjil utk lelaki. 
Dah, tue je (^__^)


Sekian, terima kasih--V--


Saturday, 17 March 2012

Sambungan iPad #2

Inilah die screen iPad atuk yang pecah ari tue. Last 2 weeks dah pegi ganti dekat Pertama Complex. Melayang RM330, plus terus beli casing baru yang lebih keras RM 100 :'(

**The day when this ipad broke, terasa menyesal gile spent
 RM610 pada ari semalamnya for skin treatment.
 Duit short !!

Monday, 5 March 2012

Ipad 3??

Masih lagi dalam mood gadjet tablet, kali nie atuk nak share iPad3 concept yang didedahkan oleh Apple. Berita angin semakin kuat mengatakan Apple akan lancarkan iPad3 dalam bulan March 2012, tapi masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Ada juga yang mengatakan new iPad is iPad HD, ada jgk berita Apple akan keluarkan iPad dengan kapasiti 8GB. so, sama2 la tunggu. Take a look this video, kalo inilah iPad3 nye it was so awesome !!

iPad2 vs Samsung Galaxy TAB

Hye, lama jgk atuk x menulis dalam blog nie ye..dah bersawang dah kot, tiba-tiba ari nie terfikir nak menulis..Mood ari nie agak down sebab; my iPad2 baru je terhempas. Semalam masa nak balik dr umah member, atuk bukak pintu kete sambil tgn sebelah lagi pegang iPad tiba-tiba terlepas terus jatuh ke jalan..dan akhirnye screennya dah retak ;( 

Disebabkan ari nie asyik mengenangkan iPad yang retak nie, maka atuk terfikir untuk menulis entry tentang gadjet-gadjet canggih nie. Mungkin ada sesetengah yang nak beli tablet tapi x tahu nak pilih samada iPad or galaxy tab, ini komen atuk:-



Secara jujurnya atuk pakai iPad2 yang menggunakan sistem IOS. Atuk juga biasa dengan sistem Andorid sbb atuk pakai hp android (sistem yang digunakan dalam TAB), maka dari pengalaman atuk menggunakan kedua-duanya, atuk dah nampak kelebihan android berbanding IOS seperti berikut:-

Adobe flash player : TAB ada tapi IOS xde. Adobe flash player nie digunakan apabila nak tgk video kt internet mcmmana kte online dekat pc, bile xde sometime ade video yang kte x bole play.

Ketahanan : TAB lebih tahan lasak berbanding iPad. Buktinya, iPad atuk baru terhempas cket dah crack ;(

Home screen theme : TAB boleh tukar-tukar mengikut citarasa masing-masing, manakala iPad dah standard. Jadi bila nak susun icon application agak susah.

Application : Android lebih banyak dan menarik. Bukan sahaja games, malah lain-lain application pon android banyak pilihan. Sebagai contoh, nak set beberapa application dengan password supaya mungkin sesetengah application kte xnak orang lain tahu, android boleh set tapi IOS x boleh. Kalo boleh pon kene bayar. Application IOS banyak yang berbayar, jadi sesiapa yang beli iPad kene lah buat 'jailbreak' dl (kene buat dekat kedai harga sekarang RM80.00). Jailbreak bermaksud memecahkan sistem IOS tersebut supaya boleh download app dari store lain secara free, tapi ini jgk agak terhad. Walaupun dah jailbreak, sesetengah application masih susah nak download dan apabila dah buat jailbreak, warranty dengan apple dah out (tapi masih boleh recover dengan cara kalo rosak, pegi kedai dulu reset sume setting hilangkan jailbreak then baru hantar ke Apple Store).

PC Connection: TAB lebih freindly dan mudah berbanding IOS. Sambungkan je TAb ke pc, automatik die kua macam kte sambung pendrive ke kamera ke dll tapi IOS tidak! Pc yang disambungkan mesti ada software iTunes dl (Download dari website apple), barulah boleh bukak. Kalo nak transfer file, sumenye kene lalu iTunes, jadi agak rumit kepada sesiapa yang x biasa dengan pc.

Berat : TAB lebih ringan berbanding iPad.

Kamera : TAB lebih cantik dan sharp berbanding iPad.

Harga : TAB lebih murah berbanding iPad. Ipad mahal hanyalah disebabkan jenamanya (Apple).

Actually banyak lagi perbezaannya, tapi apa yang atuk nyatakan di atas sumenye perkara-perkara yang paling atuk concern dan agak kecewa dengan iPad. Sebanarnye, konsep Apple nie lebih kepada kehidupan menggunakan barang-barang Apple. Maksudnye kalo anda pakai iPad, pakai iMAC, iPod dan iPhone (sume skali Apple), barulah terasa best. Sebagai contoh, melalui app baru dari Apple (iCloud), apabila anda keluar dan mengambil gambar menggunakan iPhone, secara automatik gambar tu dah ade dalam iMac anda dekat rumah dan sume device-device apple anda yang lain (Sumenye dah snychronize skali). Kalau setakat nak pakai tablet sahaja, GALAXY TAB IS THE BEST !!


#Satu jela yang iPad menang : bateri lebih lama.

Saturday, 31 December 2011

Picture of The Week #Survivor


Dekat celah-celah tayar excavator nie pon rumput nie masih mampu hidup, sedangkan excavator nie dalam operation ;)

Friday, 23 December 2011

Tazkirah Jumaat - 3 Kali Lebih Baik


    Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : ”Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam”. (Al-Bukhari)


Huraian:

    Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!

Thursday, 22 December 2011

Entry Special #Contest Like di Facebook

"Assalamualaikum..hye readers, hye followers !"

PROMOSI PERFUME PERCUMA # 1 PEMENANG/MINGGU SELAMA 20 MINGGU BERTURUT-TURUT !!



Berita baik kepada anda !! AMKA Shop kini sedang mengadakan promosi pemberian perfume Smart Collection secara percuma. Sebagai menghargai jasa pelanggan-pelanggan yang telah menyokong AMKA Shop, bermula pada minggu hadapan AMKA Shop akan memilih seorang pemenang pada setiap minggu selama 20 minggu berturut-turut. Proses pemilihan pemenang dilakukan dengan cara cabutan undi mengikut susunan like setiap orang. 

Bagaimana cara untuk menyertainya?? Mudah saja !!

Anda hanya perlu LIKE page facebook AMKA Shop di [http://www.facebook.com/amkashop.malaysia] atau klik pada link AMKA Shop di sebelah kanan blog ini. 

Itu sahaja, mudah kan?! Jadi mengapa tunggu lagi, silalah like facebook AMKA Shop dan anda mungkin akan menjadi salah seorang daripada pemenang tersebut !!

Saturday, 17 December 2011

Picture of The Week #Barbie Doll

Okeyh stat hari nie, ari sabtu je xde nak ckp banyak..update entry picture je :)
 so, picture of this week adalah :-


Ape motif lori nie gantung barbie doll kt blakang lori die? 
Anyone knows??

Friday, 16 December 2011

Kelebihan Ayat Kursi




Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Saturday, 10 December 2011

Fungsi Lampu di Atas Bumbung Teksi


Dulu-dulu time atuk masih tenager, atuk ingat lagi malam-malam nak keluar ngan member slalu tahan teksi tapi teksi tue x berhenti pon..member ckp:-

"Memang la die x benti, dalam die ade penumpang la"
"Eh mana ko tau, ko nampak ke dalam??"
Bongok, kan lampu kt atas bumbung die tu x nyala !!"


Ouh, lepas tu baru atuk tau haha..kalo lampu kt atas bumbung teksi tue menyala maksudnye teksi tue available, and kalo x nyala x available la (ade penumpang)..huhu !!

btw kalo sume teksi kt msia cmnie, best x??


Friday, 9 December 2011

I'm too Busy Today

Segmen Agama untuk hari nie x sempat nak post
I'm SO SORRY, I'm too busy today.
Nantilah yea, we postponed to next Friday.
Okeyh ini je sempat tulis

KBai ! peace-V-

Thursday, 8 December 2011

Carta 10 Kondo Paling Mahal di Kuala Lumpur

Sumber ini dipetik daripada (link), berikut 10 kondo paling mahal di Kuala Lumpur :-


1.  One KL, 2.  The Troika, 3.  K Residence, 
4.  The Meritz, 5.  Marc Residence, 6.  The Avare, 
7.  Park Seven, 8.  Pavilion Residence, 
9.  Idaman Residence, 10.  Ampersand @ Kia Peng


1.  One KL
Dengan konsep "94 apartment 95 kolam renang", ia adalah sebuah bangunan berbentuk segitiga dengan senibina arkitek yang ringkas dan moden. Terletak berhampiran KLCC, dekat-dekat area jalan P Ramlee.

Harga bermula dari : RM7.25 juta (update 2009)

2.  The Troika

Bangunan ini mempunyai 3 menara dan akan menjadi kediaman tertinggi di Malaysia dengan tingkat tertinggi adalah tingkat 55 di salah sebuah menara tersebut. Lokasinya menghadap ke arah KLCC Park, ia menjanjikan pemandangan yang amat cantik.

Harga bermula dari : RM3.68 juta (update 2009)

3. K Residence

Lokasinya bersebelahan KLCC, bangunan ini mempunyai 2 menara dengan ketinggian hampir sama dengan The Troika. Pengurusan bangunan ini amat menitik beratkan kemudahan uititi seperti tekanan air dan lain-lain. Di bahagian aras bawah terdapat kedai-kedai dan parking bawah tanah kepada pemilik rumah.

Harga bermula dari : RM2.32 juta (update 2009)

4. The Meritz

Seperti K Residence, bangunan ini juga terletak di Jalan Ampang berhampiran KLCC dan kemudahan pengangkutan transit aliran ringan. Pemandangannya agak terlindung dari KLCC oleh beberapa bangunan pejabat lain di sekitarnya dan dikatakan rupa pembinaannya tidak secantik pandangan yang digambarkan oleh artis.

Harga bermula dari : N/A

5. Marc Residence

Mempunyai dua menara yang boleh dihubungkan, binaan bangunan ini sangat elegan dan mempunyai taman berbumbung dan juga penanaman pokok di keseluruhan menara 1.

Harga bermula dari : RM720, 000 (update 2009)

6. The Avare

Direka oleh Arkitek David John Clarke, bangunan ini dengan rekabentuk yang sangat bergaya diinspirasikan daripada bentuk rama-rama. Dengan pemandangannya menghala ke arah KLCC Park dan Kelab Golf Diraja Selangor, kediaman ini merupakan kediaman yang amat sempurna untuk dimiliki.

Harga bermula dari : RM4.56 juta (update 2009)

7.  Park Seven

Park Seven dibina dengan ketinggian rendah dengan hanya 20 tingkat tetapi mempunyai 7 menara. Dengan keluasan tanah yang agak kecil, setiap menara disusun agak rapat. Hanya terdapat satu unit bagi setiap tingkat, ianya amat sesuai untuk golongan muda.

Harga bermula dari : RM2.5 juta (update 2009)

8. Pavilion Residence

Pavilion Residence adalah satu lagi pembinaan tinggi selepas Marc Residence dengan kemudahan kedai-kedai runcit di bahagian bawahnya dan pejabat-pejabat serta hotel disampingnya.

Harga bermula dari : RM1.24 juta (update 2009)

p/s : ini rumah Atuk ;)

9.  Idaman Residence

Idaman Residence berkonsep kediaman mesra alam dengan konsep pengudaraan semula jadi di kebanyakan sudut rumahnya (walau bagaimanapun masih terdapat pengudaraan penghawa dingin). Ia juga mengandungi 4 taman berbumbung di bahagian atas paras parking kereta.

Harga bermula dari : RM760, 000 (update 2009)

10.  Ampersand @ Kia Peng

Rekaan Ampersand @ Kia Peng tidak ke arah bangunan tinggi, hanya sekitar 7 - 12 tingkat dan setiap unit kediaaman berhampiran dengan jalanraya. Lokasi kediaman adalah di Jalan Kia Peng di antara KLCC Park dan Kelab Diraja Selangor, ia menjadi antara kediaman di dalam bandar yang sungguh moden.

Harga bermula dari : RM2.35 juta (update 2009)

Monday, 5 December 2011

Cara Bijak Membeli Roti #2

(Gambar Hiasan)

Kalo dulu atuk pernah post entry Cara Bijak Membeli Roti, entry ari nie adalah sambungan daripada entry tersebut. Pada sesiapa yang x baca entry no. 1 sebelum nie, sila klik cnie. Ari nie atuk nak tambah cket dari tips yang lepas, cara bijak nak dapatkan roti yang paling lama tempoh expired die :-

Elakkan membeli roti pada hari AHAD. Sebab?? hari Ahad lori kilang roti sume x jalan (cuti), so xde proses return pada hari tersebut. Roti baru akan dihantar pada hari Isnin or Selasa. Kalo last return pada hari Jumaat, maksudnye next return pada hari Isnin dan kalo last return pada hari Sabtu, next return pada hari Selasa. (Return biasanya setiap 2 hari).

Sekian, terima kasih. -V-

Friday, 2 December 2011

Suara Imam Muda Di Mekah Yang Sangat Merdu



Setiap kali dengar suara imam nie, terasa indahnya ISLAM :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...