Monday 18 July 2011

I'm Back !!

Assalamualaikum bloggers..


Setelah sekian lama blog nie sepi, aku kembali untuk menghidupkannya semula. hampir 4 bulan aku x update blog nie, aku dihimpit dengan berbagai-bagai masalah terutamanya masalah peribadi. Aku bagaikan tercari-cari identiti diriku sendiri dan hari nie, aku telah kembali berpijak di atas kekuatan kakiku sendiri..

(Sukar untuk diceritakan apatah lagi memahaminya, tp aku sentiasa berpegang pada ayat "thing happened for a reason")


Videoclip nie pernah aku upload dulu dlm blog nie, tp atas sebab2 tertentu aku keluarkan semula. Hari nie, selepas keadaan aku pulih, aku upload sekali lagi ;)


"Jangan gelak k denga suara atukmudabergaya, aku mengaku memang x sedap..video nie dihasilkan untuk record sendiri je.."
-Atukmudabergaya-

Sunday 17 July 2011

Cara Betul Memakai Perfume

Baru-baru nie Atuk terbaca magazine Women's Health edisi Jun 2011 tentang cara-cara yang betul memakai perfume..jum kte kongsi:-

  1. Antara tempat2 popular yang kte slalu sembur perfume adalah kt ketiak, leher, pergelangan tangan, belakang telinga dan dada kan? Tapi ramai yang x tau, untuk golongan lelaki tempat yang paling sesuai dan tahan lama adalah di dada dan belakang dada. Untuk perempuan, yes dekat area2 nadi tu..
  2. Pastikan sebelum sembur perfume kulit anda betul2 kering.
  3. Sesetengah orang suka sembur pada sebelah pergelangan tangan dan kemudiannya menggosokkannya pada sebelah tangan lagi satu pastu sapu kt leher. Cara nie salah ! Untuk memastikan bau perfume tahan lama, tempat2 yang disembur x bole disentuh atau digosok, kene tunggu sampai perfume tue kering sendiri baru la die akan meresap dalam kulit. Bila anda gosok, 'top note' dan middle note' akan hilang, so yang tinggal kt kulit anda cuma lah 'base note'.

Top note, middle note dan base note ???

3 lapisan di dalam campuran perfume:-

  1. Top note: juga disebut sebagai head note. Campuran chemical yg paling ringan dan paling cepat hilang dalam atmosfera lebih kurang 10 minit. Lapisan nie berguna untuk bisnes kedai2 perfume. Bila kte pergi kedai perfume dan cuba bau sampel, lapisan nie la sebenarnye yg kte bau. Bau top note sangat tajam dan segar.
  2. Middle note: Juga disebut sebagai heart note. Lapisan kedua selepas head note dan lebih berat. Lapisan nie la yg mahal, dan ia bertindak selepas top note hilang lebih kurang setengah jam dan lapisan nie akan meresap dalam kulit menyebabkan bau perfume tue jadi tahan lama.
  3. Base note: Lapisan paling bawah dan paling berat. Lapisan nie bertindak selepas heart note dalam masa 1 jam. Gabungan base note nie ngan middle note lah yang menyebabkan campuran bau perfume tu terhasil. Kalo 2 lapisan nie terpisah, bau perfume xkan jadi seperti asal. Inilah sebabnya kalo gosok, bau jadi x tahan lama.

Perfume terbaru Atuk, VERSACE ;)


Info tambahan:-
  1. Untuk jenis perfume sembur, terdapat 3 jenis perfume iaitu EDT (Eau de Toilette), EDP (Eau de Parfume), dan EDC (Eau de Cologne)
  2. EDP baunya lebih kuat dan kebiasaannya untuk bau perempuan. Kalo selisih ngan awek yang bau semerbak gle tu sah la die pakai EDP. Tapi EDP nie ada kelemahannya jugak, sbb chemical die agak kuat mungkin boleh merosakkan baju. So sesetengah awek yang pakai baju mahal2, diorang x pakai EDP.
  3. EDT plak dihasilkan untuk kedua-dua laki dan perempuan.
  4. EDC yang paling lemah baunya. Chemical dalam EDC agak sedikit sebab tu EDC lebih basah berbanding 2 yang atas.
  5. Perfume jgk sebenarnye ada tempoh expired, lebih kurang biasanya dalam tempoh 3 tahun..sbb tu kadang2 ade org jual perfume original tp harga murah, mungkin le kot die dapat yg dah expired..(yang nie wallahualam, Atuk x bape pasti).

So lepas nie try ikut tips di atas, n tgk ape perbezaannya peace -V-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...